Sunday, January 11, 2009

Sate Frozen








Produk baru! Sate Ayam, Sate Daging!

Setiap paket mengandungi 10 cucuk sate ayam atau daging. Rasa asli sate warisan dari Batu Pahat. Pastinya Enak!

Kepada sesiapa yang berminat menjual sate di Johor Bahru dan sekitarnya. Kami juga sedia membekalkan sate mentah. Setiap paket mengandungi 50 cucuk sate ayam atau daging. Kuah disediakan.

Untuk perbincangan sila hubungi kami di talian Telefon 07-2377877, HP 0177115277 atau email kepada shekinfoods@gmail.com.

Monday, November 10, 2008

Produk Baru



Memperkenalkan produk baru kami 'Cucur Badak'.

Selain daripada itu, disebabkan permintaan yang makin meningkat, kami juga telah mempertingkatkan pengeluaran bergedil dan popia sayur.

Bilangan pekerja sudah mencukupi dan insyallah kami akan dapat menyediakan stok secukupnya mengikut permintaan semasa.

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Assalamualaikum wrt wbt!

Kami warga Shekin Foods Enterprise mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini serta pelanggan-pelanggan sekelian.

Perniagaan kami akan ditutup untuk cuti hari raya bermula pada 28 September 2008 sehingga 5 Oktober 2008.

Jualan bazar ramadan telah berakhir semalam iaitu pada 26 September 2008. Terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang berkunjung dan membeli setiap hari. "Terima kasih daun keladi, tahun depan datang dan beli lagi".

Walau bagaimanapun, penghantaran kuih juadah berbuka ke Masjid BBU yang bermula pada 1 Ramadan akan diteruskan sehingga hari Isnin, 29 Ramadan. Ini merupakan tahun ke-3 kempen
amal kami yang insyallah akan diteruskan dan dipertingkatkan di tahun-tahun akan datang.

Alhamdulillah, Ramadan ini rezeki bertambah dan insyallah akan dinikmati oleh semua warga kerja Shekin Foods Enterprise.

Akhirul kalam, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

Wassalamualaikum wrt wbt!

Saturday, September 20, 2008

Bazar Ramadan

Assalamualaikum!

Untuk makluman semua pelanggan, tarikh akhir bazar ramadan kami adalah pada 26 September 2008 iaitu pada hari Jumaat.

Walau bagaimanapun, sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan kuih-muih sejuk beku boleh memperolehinya terus di kilang kami.

Insyallah jika panjang umur bazar ramadan kami akan dibuka semula tahun hadapan.

Sampai jumpa lagi, terima kasih.