Friday, January 22, 2010

Rakyat Johor Dibenar Ziarah Jenazah Sultan Mulai Pagi Sabtu

23 Januari, 2010 02:05 AM

Rakyat Johor Dibenar Ziarah Jenazah Sultan Mulai Pagi Sabtu

JOHOR BAHARU, 23 Jan (Bernama) -- Jenazah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di sini boleh diziarahi segenap lapisan rakyat Johor mulai pagi Sabtu.

Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam tadi, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.

Bagi lain bangsa dan agama, Abdul Ghani berkata mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya.

Abdul Ghani berkata bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.

Beliau berkata bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok.

Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.

-- BERNAMA

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH! Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat pada hari Jumaat, 22 Januari 2010, jam 7.08 malam.

Monday, January 4, 2010

Harga Gula Sudah Naik

Seperti yang dijangkakan harga gula telah pun dinaikkan bermula pada 1 Januari 2010 yang lalu. Berbagai alasan diberikan untuk mewajarkan kenaikan tersebut... natijahnya 'saudagar korporat' diutamakan...

Lihat post saya yang lalu di http://shekinfoods.blogspot.com/2009/12/harga-gula-akan-naik.html