Friday, December 25, 2009

Plan E, IM Millionaire sudah boleh di beli hari ini


Plan terbaru bio-asli sudah boleh di beli hari ini pada harga RM90, segala komisyen akan di kira pada 1/1/2010 iaitu selepas pelancaran plan terbaru ini di Shah Alam.

Alamat untuk downloan segala software dan lain-lain akan juga di aktifkan pada hari pelancaran nanti.

Plan E, IM Millionaire sudah boleh di beli hari ini

Saturday, December 19, 2009

Doa Selepas Sembahyang Duha

Allahumma innii as'aluka 'ilman naafi'an,

wa rizqan waasi'an,

wa 'amalan mutaqabbalan.

Maknanya:-

Ya Allah!

aku mohon diberi ilmu yang berguna,

rezeki yang banyak dan

semoga amal ibadahku diterima.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah!

Selamat Akhir Tahun 1430H dan Selamat Awal Tahun 1431H!

Semoga tahun baru ini kita bertekad untuk memperbaiki amalan kita untuk mendapat keredhaan Allah swt... Dengan demikian semoga segala apa yang kita usahakan akan mendapat pertolongan dan dipermudahkan oleh Allah swt... Amin!

Saturday, December 12, 2009

TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM BUAH NANAS DAN NANGKA

Pemprosesan minimum nanas dan nangka merupakan produk hirisan segar buah-buahan ini dalam bentuk sedia untuk dimakan terus dan masih mengekalkan ciri asal buah yang normal iaitu dari segi bau, rasa dan juga warna.

Produk pemprosesan minimum biasanya tidak tahan lama. Ini ada kaitan dengan sifat biologi buah-buahan yang masih meneruskan tindak balas kimia, pernafasan dan aktiviti metabolik selepas dilakukan pemprosesan minimum. Perubahan semasa operasi penyediaan (seperti pembuangan kulit, pemotongan dsb.) meningkatkan aktiviti proses asas ini berlaku lebih rancak berbanding dengan hasilan yang normal. Faktor ini menyebabkan produk pemprosesan minimum buah-buahan tidak tahan lama berbanding dengan buah/hasilan normal atau produk buah diproses secara konvensional. Bagaimanapun melalui teknologi yang dihasil di MARDI, warna, bau, rasa dan tekstur buah nangka dan nanas dapat dikekalkan walaupun setelah 5-6 hari produk tiba di negara pengimport melalui pengangkutan udara.

Di pasaran sekarang buah-buahan pemprosesan minimum ini disediakan tanpa input teknologi semasa operasi penyediaan. Faktor kebersihan dan jaminan kualiti tidak diambil berat menyebabkan tempoh simpanan buah sangat terhad iaitu satu hari di suhu ambien dan 3-4 hari di suhu pasar kering (10-15oC). Justeru itu penjualan hanya terhad untuk pasaran tempatan sahaja.

Sebelum teknologi ini dihasilkan, nangka dan nanas dieksport dalam bentuk segar buah asal ‘whole fruits’. Pasaran eksport ke Eropah kebanyakanya dilakukan melalui udara. Kos pengangkutan udara yang tinggi; contoh, RM6.80/kg untuk ke Netherlands, menyebabkan aktiviti pengeksportan tidak begitu aktif. Bagi nangka dan nanas, 50-60% bahagian buah merupakan komponen yang tidak boleh dimakan seperti kulit yang tebal, jerami, empulur, biji, tangkai dan jambul bagi nanas. Pengasingan komponen ini semasa operasi penyediaan dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Bentuk buah nangka yang tidak konsisten juga menyebabkan reka bentuk kotak sentiasa menjadi kesulitan bagi pengeksport. Justeru itu, teknologi yang dihasilkan ini memudahkan operasi penyediaan untuk pasaran bagi tujuan pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan penjualan.

FAEDAH DARI TEKNOLOGI

1) Peningkatan kualiti produk

Melalui pengunaan kalsium klorida bagi mengekalkan ketegaran sel produk dan asid askorbik bagi menghalang proses fermentasi berlaku pada nanas yang diproses secara minimum

2) Teknik pra-penyejukan

Kaedah pra-penyejukan dijalankan bagi mengatasi masalah kesulitan mengasingkan isi nangka. Lelehan getah dapat dihindari dan peluhan (condensation) buah dalam bekas pembungkus juga dapat diatasi. Usaha mengatasi masalah ini membolehkan kualiti buah dikekalkan untuk tempoh yang panjang. Proses pra-penyejukan buah nangka dilakukan di bilik sejuk pada suhu 2 – 5°C selama lapan jam sebelum pemotongan kulit. Bagi nanas, teknik pra-penyejukan ini dilakukan semasa rendaman air sejuk (5°C) selama 10 minit selepas pemotongan kulit. Ketahanan produk adalah lebih baik berbanding nanas tanpa melalui proses pra-penyejukan.

3) Ketahanan tempoh simpanan

Melalui penggunaan pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP), dan dengan penyimpanan di suhu 2°C, kehilangan berat dan kualiti produk dapat dikekalkan sehingga 2-3 minggu. Dengan mengekalkan aras karbon dioksida di tahap 2 – 5%, oksigen pula dibiar stabil pada aras 10 – 15% dan dengan penyimpanan di 2°C, kesegaran buah boleh dikekalkan selama tiga minggu.

4) Bekas pembungkus

Pengunaan bekas polipropilena bagi pembungkusan runcit dan kotak penebat dapat mengawal kerosakan fizikal dan membolehkan bekas disusun secara bertindan. Amalan ini menjimatkan kos semasa penyimpanan dan pengangkutan terutama bagi pasaran eksport.

5) Penyejuk produk

Pengunaan bekuan gel/ais kering dalam pembungkusan pukal dapat menyejukan produk semasa pengangkutan. Tindakan ini memberi kesan kepada pernafasan buah dan hayat simpanan produk boleh dilanjutkan.

PERTAMA DI DUNIA

Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.
Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.

Pemprosesan minimum nangka mengunakan label pengeksport yang di jual di Rotterdan hypermarket dengan harga Euro 4.50/RM21.00 bagi pek 500g.

Selepas kejayaan nangka yang diproses secara minimum di pasaran eksport Eropah, MARDI dengan kerjasama pengeksport telah menghantar sampel promosi nanas yang diproses secara minimum ke Nertherlands, Zurich dan Belgium. Sehubungan dengan respon yang mengalakkan dari sampel promosi, pengeksport telah memohon khidmat nasihat MARDI bagi menilai kualiti dan penerimaan nanas ini. Susulan dari permohonan tersebut, MARDI dengan kerjasama FAMA dan LPNM telah dengan jayanya menjalankan kajian pengekportan nanas di Rotterdam dan Amsterdam pada Jun 2006. Penilaian kualiti juga tururt dilakukan pada nangka yang diproses secara minimum semasa kajian ini. Hasil kejayaan ini, LPNM dijangka akan menyediakan beberapa insentif bagi mengalakkan aktiviti eksport nanas yang diproses secara minimum bagi mengikuti jejak kejayaan pengeksportan nangka.

PERTAMA DI MALAYSIA

Teknologi yang dihasil merupakan yang pertama di Malaysia yang boleh digunapakai untuk penjualan buah-buahan di pasaran kering dan pasaran basah. Selain itu teknologi ini boleh diguna untuk sajian buah-buahan semasa penerbangan, di hotel, restoran dan majlis majlis tertentu. Teknologi yang dihasilkan merupakan teknologi pakej yang bermula dari penuaian buah sehingga produk tiba pada pengguna.

Teknologi telah dihasil melalui:

1.Kajian asas – pemilihan varieti, tahap kematangan, operasi penyediaan, bekas pembungkus, keselamatan makanan, pemastian kualiti, suhu penyimpanan dan kesesuaian pengangkutan untuk edaran semasa pengangkutan dan jualan

2.Kajian simulasi untuk pasaran tempatan dan eksport

3.Kajian pengangkutan eksport sebenar

IMPAK TEKNOLOGI

Teknologi yang dihasilkan bagi buah nangka kini digunapakai untuk pasaran eksport. Buah nangka merupakan buah jenis besar. Berat sebiji buah boleh mencapai 5-20 kg. Buah yang sebegini besar akan menyulitkan pengguna semasa pembelian dan tidak habis dimakan terutama apabila ahli keluarga adalah kecil. Kesulitan mengambil isi disebabkan kulit yang tebal dan bergetah merupakan faktor penyebab kenapa buah ini tidak popular. Bagaimanapun melalui teknologi MARDI halangan ini sudah dapat diatasi.

Faktor peningkatan ekonomi dan perubahan gaya hidup penduduk dijangka akan mempopularkan pasaran buah yang diproses minimum. Aahaliran sebegini sudah dapat dilihat di Amerika, Australia, New Zealand, Jepun dan lain-lain negara maju. Dijangkakan permintaan buah segar di pasaran akan berubah. Selaras dengan misi kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara adalah dijangka permintaan buah-buahan akan meningkat seiring dengan peningkatan penanaman buah-buahan yang berlaku sekarang.

Sekarang ini nangka dieksport (dalam bentuk sebiji penuh) ke Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand, Timur Tengah, dan United Kingdom dengan nilai dagangan mencapai RM3 juta/tahun. Pada tahun 2008 – 2010 nilai ini dijangka mencecah RM10 juta. Kawasan penanaman nangka dijangka meningkat dari 6,000 hektar ke 55,000 hektar pada tahun 2010 akan membuka ruang bagi nangka dieksport dengan pesat lagi khususnya dalam bentuk diproses secara minimum. Arahaliran sebegini juga dijangka akan berlaku pada buah nanas.

FAEDAH TEKNOLOGI

a) Kesan Kepada Produk

1.Masalah kemerosotan kualiti produk dapat dihindarkan selama 2-3 minggu (bergantung
pada jenis buah). Kesegaran produk dapat dijamin kerana penyediaan buah dilakukan
dalam bilik terkawal yang mematuhi keperluan HCCP dan GMP sepenuhnya.

2.Masalah pemasakan buah nangka dapat diatasi dengan proses
pemasakan secara aruhan menggunakan gas etilena.

3.Masalah pelembutan tisu dan fermentasi bagi nanas dapat diatasi dengan penggunaan
kalsium klorida dan asid askorbik.

4.Masalah kehilangan air dan bau dari produk dapat dihalang dengan mengguna bekas
pembungkus yang sesuai. Bagi pembungkusan runcit, disyor digunakan polipropilena
kedap udara, manakala kotak penebat dan bekuan terma/gel ais bagi pembungkusan
pukal.

b) Kecekapan Operasi

1.Penjimatan masa kerana produk sedia untuk dimakan terus. Pengguna tidak perlu mengalami kesulitan memotong buah bagi mendapat isinya.

2.Tiada pembaziran kerana pengguna hanya perlu membayar komponen yang boleh
dimakan sahaja. Bahagian kulit/jerami, tangkai, jambul telah dipotong semasa proses
penyediaan.

3.Penggunaan mesin pemotong membantu operasi penyediaan buah nanas.Produk yang
dihasilkan adalah lebih konsisten.

4.Penjimatan kos pengangkutan terutama melibatkan pengangkutan udara.

Teknologi pemprosesan minimum yang diwujudkan untuk nangka dan nanas bagi tujuan pengeksportan melalui pengangkutan udara juga berpotensi untuk diguna bagi pasaran eksport melalui kapal laut ke China, Taiwan dan juga Hong Kong. Ini adalah kerana perjalanan melalui kapal laut ke destinasi ini hanya mengambil masa 5-7 hari. Penggunaan kontena bersuhu sejuk akan dapat mengekalkan kualiti produk semasa pengangkutan dan penggunaan rantaian sejuk seterusnya akan menjamin kualiti produk bertahan selama 5-6 hari di pasaran jualan runcit.

Sumber: http://harizamrry.wordpress.com/2008/01/29/

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN

Oleh: WAN HAFIZAH WAN HASSAN

1.0 PENGENALAN

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

2.0 BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

2.1 Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan (Rajah 1).

2.2 Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun. ( Rajah 2 ).

2.3 Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut (Rajah 3).

2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat (Rajah 4).

2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi (Rajah 5).

2.6 Belimbing Merawat Kencing Manis

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi (Rajah 6).

2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia (Rajah 7).

Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit (Rajah 8).

2.9 Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau (Rajah 9).

2.10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung (Rajah 10).

2.11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu (Rajah 11).

2.12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi (Rajah 12).

2.13 Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah (Rajah 13).

2.14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan (Rajah 14).

2.15 Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah (Rajah 15).

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

BIBLIOGRAFI

Pengenalan

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan utrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-uahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.

Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi ini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai enu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan akanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini engandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup ang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan andungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, enyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit ang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh emuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat engurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat

pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini erdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

BUAH KELO

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui ang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa leifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk eredakan demam panas.Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan arah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing erta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica.

Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah ?masalah lain di usus.
Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak.

Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat engan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.
Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak.

Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KUCAI

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus penghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

ASPARAGUS
Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit. Selain itu asparagus juga mengandungi eleman ?leman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, otsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya dalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh penyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
? mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
? mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
? mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini
kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari. Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan.

Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae. Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini. Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

KAPSIKUM
Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong. Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO


Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting.Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki aripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

KENTANG


Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di seluruh dunia.

Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit. Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERONG PIPIT

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah erawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA


Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C. Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk
mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan. Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.
Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

AVOKADO


Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, otasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae. Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang. Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan. Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ani .Airnya yang bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.


BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga. Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga apat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi. Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urk yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang

diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan. Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin mengandungi kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak lagi nyawa yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit. Fenomena ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta lengkap dengan segala unsur pro dan kontra. Apabila tuhan mencipta penyakit, Dia juga mencipta ubatnya.

Sumber: http://alkiram.net/salam/2008/03/02/buah-dan-sayuran-nilai-kesihatan/

Khasiat Nanas


Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Sumber: http://www.mpib.gov.my/khasiat_nanas

Friday, December 11, 2009

TPM Minta Pasaraya Besar Tidak Kenakan Syarat Terlalu Ketat Ke Atas Produk Tempatan


MELAKA, 11 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat meminta pasaraya besar di negara ini supaya tidak mengenakan syarat yang terlalu ketat, terutama sekali produk di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), bagi membolehkan produk pengusaha tempatan dijual melalui pasaraya berkenaan.

Katanya pasaraya besar sewajarnya memberi lebih ruang kepada produk tempatan, seperti dari SDSI, kerana mutu produk berkenaan semakin bertambah baik.

Sehubungan itu, katanya produk, yang telah memenuhi kriteria awal yang ditetapkan oleh sesebuah pasaraya besar, sepatutnya diberi laluan mudah.

"Saya harap pasaraya besar memberi pertimbangan saksama kepada pengeluar supaya tidak mengenakan bayaran yang tinggi untuk mempamerkan produk."

"Kalau mereka boleh kurangkan (bayaran sedemikian), maka lebih banyak produk tempatan (seperti dari SDSI) dapat dipamerkan untuk promosi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Showcase SDSI 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini.

Seramai 537 pemamer mengambil bahagian dalam pameran itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata produk SDSI juga boleh dipamerkan sepanjang masa di premis tetap yang disediakan oleh kerajaan negeri seperti yang dilakukan oleh kerajaan Melaka yang menawarkan premis tetap di Kota Fesyen di sini.

Semasa berucap di majlis itu, Muhyiddin mahukan usahawan kecil dan sederhana supaya mengatur strategi perniagaan serta membuat penyelidikan dan pembangunan produk untuk menghasilkan keluaran baharu, sentiasa memahami kehendak pelanggan yang mempunyai pelbagai citarasa terhadap produk dan perkhidmatan berkualiti.

Katanya usahawan juga perlu memberi perhatian terhadap penjenamaan yang menjadi elemen penting dalam memastikan sesuatu produk dikenali dan dapat menembusi pasaran yang lebih luas.

"Walau pun sudah ramai usahawan dilahirkan melalui SDSI, kerajaan melalui pelbagai agensinya akan terus mengembangkan penyertaannya berikutan skop dan potensinya yang masih luas."

Beliau yang baru pulang dari lawatan kerja ke Jepun, juga mahukan pengusaha mencontohi peniaga dan usahawan kecil di Jepun yang berjaya menghasilkan produk bermutu tinggi dengan kaedah pemasaran yang baik.



-- BERNAMA

Showcase SDSI 2009

Showcase tahun ini diadakan di MITC Melaka dari 10 - 13 Disember 2009. Shekin Foods Enterprise telah dipilih untuk mewakili Daerah Johor Bahru dengan mempamerkan produk sejuk-beku seperti karipap, samosa, popia, donut, otak-otak, kasturi, getuk ubi, apam puteri ayu dsb.

Walau pun pameran telah bermula dan perasmian telah dilakukan, pihak kami masih tidak berpuashati dengan persediaan dan kelengkapan yang kami bawa. Kebanyakannya tidak menepati kehendak dan kesesuaian ruang yang disediakan. Ruang yang disediakan agak sempit dan dikongsi pula dengan pengusaha dari daerah lain, sehingga kami tidak dapat membakar otak-otak dan terpaksa dibawa pulang. Kami rasa terkilan kerana... tak sempurna rasanya produk dari Johor tanpa otak-otak... sebagaimana tak sempurna produk Terengganu tanpa keropok lekor...

Namun begitu, pihak kami amat berterima kasih kepada pihak Kerajaan Johor khususnya Pejabat Daerah Johor Bahru kerana telah memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk mewakili daerah Johor Bahru pada kali ini. Jika diberi peluang lagi di masa akan datang kami akan cuba memberi dan menyediakan yang lebih baik lagi...

Kepada pengunjung yang membeli produk kami, terima kasih banyak-banyak kami ucapkan. Jangan sampai terkeliru produk mana yang dirasa dan produk mana yang dibeli... kerana produk sejuk-beku diletakkan sebelah menyebelah antara kami dari Daerah Johor Bahru dan pengusaha satu lagi dari Daerah Kota Tinggi. Bagaimana pun... rezeki masing-masing...

Kepada YAB TPM, kami amat berbsar hati dan jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi menerima hadiah kami yang merupakan produk-produk keluaran kami...

Saturday, December 5, 2009

Harga Kacang Hijau Naik

Hari ini saya ke pasar membeli bahan mentah pengeluaran. Saya terperanjat harga kacang hijau telah naik RM10.00 kepada RM46.00 setiap beg seberat 9 kg. Saya dah lama tak semak harga barangan, kenaikan harga ni dah lama rupanya sejak Myanmar dan Vietnam dilanda taufan lalu. Serba salah... nak naikan harga kasturi salah... tak naik menanggung rugi...

Wednesday, December 2, 2009

Harga Gula Akan Naik?

Saya rasa harga gula akan dinaikkan juga... Seperti sudah dirancang... bermula dengan cerita-cerita kadar penggambilan gula rakyat Malaysia tinggi... dan kemudian cerita mengenai bahaya pengambilan gula berlebihan... Segalanya bermula bila saudagar gula bertukar tangan...

Bermacam-macam datang bertimpa-timpa...
Cukai barang dan perkhidmatan, harga gula naik, harga bawang naik ... apa lagi selepas ini?

Harga Bawang Merah Melambung Lebih Dua Kali Ganda

Hari ini kami telah menerima penghantaran bawang merah besar yang baru ditempah selepas hari raya haji. Harga naik melampau-lampau tinggi... lebih 2 kali ganda. Sebenarnya kami dah dengar khabar angin mengatakan harga bawang merah akan naik... tapi tak sangka naik sebegitu tinggi... Harap-harap ianya hanya sementara... sebab tak mahu nak naikkan harga kuih-muih lagi. Dengan pasaran yang lembab sekarang, kalau naik harga lagi bertambah parah...


Kekurangan Bawang Merah India Di S'wak Dijangka Berlarutan Hingga Mac

January 14, 2008 19:27 PM Printable version of this news

KUCHING, 14 Jan (Bernama) -- Kekurangan bekalan bawang merah yang diimport dari India di Sarawak dijangka berlarutan sehingga Mac ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak Rodin Mamat.

Beliau berkata harganya kini mencecah RM12 sekilogram disebabkan kekurangan bekalan itu yang berlaku akibat banjir di India yang telah merosakkan tanaman manakala harga silingnya mencatat US$1,700 setiap tan metrik.

"Pengimport tempatan terpaksa mengimport bawang merah dari India dalam kuantiti yang kecil kerana risau akan menanggung kerugian. Ini telah menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan di pasaran dan pada masa yang sama permintaan tinggi dan harga pula melambung," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas aduan pengguna bahawa harga bawang merah di Sarawak mencecah RM12 sekilogram berbanding harga siling RM5 sekilogram.

Rodin berkata penduduk Sarawak lebih gemar bawang merah dari India berbanding bawang besar dari Belanda dan China.

"Buat sementara waktu ini, pengguna boleh membeli bawang besar dari Belanda, China dan India sebagai pilihan kepada bawang merah India kerana harganya lebih murah," katanya.

Harga bawang besar dari China ialah RM4.70 sekilogram.

-- BERNAMA