Assalamualaikum wrt wbt!
Kami warga Shekin Foods Enterprise mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini serta pelanggan-pelanggan sekelian.
Perniagaan kami akan ditutup untuk cuti hari raya bermula pada 28 September 2008 sehingga 5 Oktober 2008.
Jualan bazar ramadan telah berakhir semalam iaitu pada 26 September 2008. Terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang berkunjung dan membeli setiap hari. "Terima kasih daun keladi, tahun depan datang dan beli lagi".
Walau bagaimanapun, penghantaran kuih juadah berbuka ke Masjid BBU yang bermula pada 1 Ramadan akan diteruskan sehingga hari Isnin, 29 Ramadan. Ini merupakan tahun ke-3 kempen
amal kami yang insyallah akan diteruskan dan dipertingkatkan di tahun-tahun akan datang.
Alhamdulillah, Ramadan ini rezeki bertambah dan insyallah akan dinikmati oleh semua warga kerja Shekin Foods Enterprise.
Akhirul kalam, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua.
Wassalamualaikum wrt wbt!
Friday, September 26, 2008
Saturday, September 20, 2008
Bazar Ramadan
Assalamualaikum!
Untuk makluman semua pelanggan, tarikh akhir bazar ramadan kami adalah pada 26 September 2008 iaitu pada hari Jumaat.
Walau bagaimanapun, sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan kuih-muih sejuk beku boleh memperolehinya terus di kilang kami.
Insyallah jika panjang umur bazar ramadan kami akan dibuka semula tahun hadapan.
Sampai jumpa lagi, terima kasih.

Sunday, September 14, 2008
Bazar Ramadan
Assalamualaikum!
Kepada pelanggan-pelanggan kami, terutamanya kawan-kawan, kami memohon maaf sekiranya tak sempat untuk melayan kawan-kawan seadanya kerana terlalu sibuk semasa berniaga. Al-maklumlah, masa berniaga singkat sangat. Kami berniaga bermula pada 5.00 petang sehingga waktu berbuka sahaja. Terlalu sibuk, kadang-kadang nak angkat muka tak sempat sehingga tak perasan ada kawan-kawan yang bertandang.
Selamat berpuasa, banyakkan amal ibadah dan bersedekah.

Sunday, September 7, 2008
Bazar Ramadan
Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa!
Istimewa sepanjang Ramadan ini sebagaimana di tahun-tahun lalu kami akan berniaga kuih-muih di Bazar Ramadan Bandar Baru Uda (Jalan Padi Ria 13).
Sesiapa yang belum pernah menikmati kuih-muih kami silalah ke gerai kami di No. 42 & 43. Kuih-muih yang pada hari-hari biasa dijual secara sejuk-beku dijual secara siap bermasak (ready-to-eat).
Terdapat juga kuih-muih yang tidak dijual secara sejuk-beku tapi dijual di gerai kami sempena Ramadan ini.
Kami mula berniaga pada 1 Ramadan lalu, insyallah sehingga 26 Ramadan nanti, bermula jam 5.00 petang hingga waktu berbuka setiap hari.
Selamat datang ke gerai kami! Terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)