Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Assalamualaikum wrt wbt!

Kami warga Shekin Foods Enterprise mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini serta pelanggan-pelanggan sekelian.

Perniagaan kami akan ditutup untuk cuti hari raya bermula pada 28 September 2008 sehingga 5 Oktober 2008.

Jualan bazar ramadan telah berakhir semalam iaitu pada 26 September 2008. Terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang berkunjung dan membeli setiap hari. "Terima kasih daun keladi, tahun depan datang dan beli lagi".

Walau bagaimanapun, penghantaran kuih juadah berbuka ke Masjid BBU yang bermula pada 1 Ramadan akan diteruskan sehingga hari Isnin, 29 Ramadan. Ini merupakan tahun ke-3 kempen
amal kami yang insyallah akan diteruskan dan dipertingkatkan di tahun-tahun akan datang.

Alhamdulillah, Ramadan ini rezeki bertambah dan insyallah akan dinikmati oleh semua warga kerja Shekin Foods Enterprise.

Akhirul kalam, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

Wassalamualaikum wrt wbt!

No comments: