Wednesday, December 2, 2009

Harga Bawang Merah Melambung Lebih Dua Kali Ganda

Hari ini kami telah menerima penghantaran bawang merah besar yang baru ditempah selepas hari raya haji. Harga naik melampau-lampau tinggi... lebih 2 kali ganda. Sebenarnya kami dah dengar khabar angin mengatakan harga bawang merah akan naik... tapi tak sangka naik sebegitu tinggi... Harap-harap ianya hanya sementara... sebab tak mahu nak naikkan harga kuih-muih lagi. Dengan pasaran yang lembab sekarang, kalau naik harga lagi bertambah parah...


Kekurangan Bawang Merah India Di S'wak Dijangka Berlarutan Hingga Mac

January 14, 2008 19:27 PM Printable version of this news

KUCHING, 14 Jan (Bernama) -- Kekurangan bekalan bawang merah yang diimport dari India di Sarawak dijangka berlarutan sehingga Mac ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak Rodin Mamat.

Beliau berkata harganya kini mencecah RM12 sekilogram disebabkan kekurangan bekalan itu yang berlaku akibat banjir di India yang telah merosakkan tanaman manakala harga silingnya mencatat US$1,700 setiap tan metrik.

"Pengimport tempatan terpaksa mengimport bawang merah dari India dalam kuantiti yang kecil kerana risau akan menanggung kerugian. Ini telah menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan di pasaran dan pada masa yang sama permintaan tinggi dan harga pula melambung," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas aduan pengguna bahawa harga bawang merah di Sarawak mencecah RM12 sekilogram berbanding harga siling RM5 sekilogram.

Rodin berkata penduduk Sarawak lebih gemar bawang merah dari India berbanding bawang besar dari Belanda dan China.

"Buat sementara waktu ini, pengguna boleh membeli bawang besar dari Belanda, China dan India sebagai pilihan kepada bawang merah India kerana harganya lebih murah," katanya.

Harga bawang besar dari China ialah RM4.70 sekilogram.

-- BERNAMA

No comments: